The Loaf adalah sebuah bakery cafe yang berkonsepkan gaya Jepun dengan inspirasi Perancis. Gabungan dua benua (Asia dan Barat) memberikan keunikan yang tersendiri. Mula beroperasi pada tahun 2006 di Telaga Harbour, Langkawi dan seterusnya berkembang ke seluruh Malaysia.
Malaysia digemparkan pada tahun 2018 dengan penamatan operasi The Loaf secara mengejut tetapi jangan sedih kerana sekarang mereka sudah beroperasi seperti biasa. Berita gembira untuk para Loaf-ers!
Baru-baru ni saya ke The Loaf Telaga Harbour , sayangnya tutup. Sedikit kecewa tetapi disebabkan keinginan nak makan pastry yang sedap membuak-buak, terus memecut ke outlet The Loaf Chenang Mall.
Nama, no telefon dan suhu badan perlu direkod sebelum memasuki premis bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebaik sahaja melangkah masuk, saya disambut dengan mesra oleh staff yang bertugas.

The Loaf sangat menitikberatkan kualiti bahan mentah, maksudnya ‘premium ingredient’ sahaja yang digunakan. Tapikan, jangan terkejut kerana menu baru yang diperkenalkan ini memang harga mampu milik. Tiga main course yang dipesan semuanya memenuhi citarasa saya. Set sotong kunyit (kalau tak silap namanya) , Spaghetti Bolognese dan Spaghetti carbonara.

Sepinggan spaghetti Bolognese ini hanya berharga RM14.90. Sos yang tak berapa masam dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Saya sangat sukakan spagahetti carbonara, (RM14.90). Sungguh berkrim dan cukup rasa. Highly recommended!

Selain masakan barat, masakan melayu juga disediakan di sini. Set sotong kunyit. Acar timun dia memang awesome!
Klik SINI untuk menu penuh.
Oh ya, untuk rakan-rakan baker di luar sana. Saya tertarik dengan satu strategi yang dilakukan oleh pihak The Loaf sepanjang tempoh PKP ni.
e-Voucher / gift-Voucher
Bayar sekarang dan guna kemudian. Cara ini boleh digunakan untuk menampung kos operasi sedia ada. Ye la kan, sekarang ni bisnes agak perlahan.
Nak tengok contoh e-voucher yang dijalankan oleh The Loaf, Klik di SINI.
Kalau nak hadiahkan e-voucher ni kepada adik beradik pun boleh!
Kerap beli masa depa buat member card dulu…masa tu kedai sblh kfc.
betul kak. masa tu dok collect point =)