‘Butter Cake’ kegemaran semua

Hari ni hari kedua umat Islam menyambut hari raya AidilFitri – PKPB di Malaysia. Walaupun sambutan tahun ini sedikit berbeza namun maknanya tetap sama.

Sebelum ini saya hanya kongsikan tip dan resipi roti, tetapi bagi memeriahkan lagi blog ritz the baker akan ada dua lagi kategori tambahan yang akan diwujudkan. Kek dan Cookies.

Kalau sebelum PKP, boleh kata dalam sebulan saya akan ada urusan kerja luar lebih sekali seminggu. Alor Setar, Perlis ataupun Kuala Lumpur. Pengangkutan yang menjadi pilihan sekiranya urusan ke Kuala Lumpur sudah semestinya Kapal Terbang. Jimat masa dan tenaga. 1 jam sudah sampai dari Langkawi ke KLIA / KLIA 2.

Dan jangan terkejut harga tambang ‘flight’ tak la mahal. Harga tiket saya biasanya dibawah RM50 sahaja sehala. Sudah semestinya dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Sesuai dengan slogan ‘Now Everyone Can Fly’. (itu sebelum COVID-19, selepas ni mungkin harga dah tak sama).

1 jam tempoh penerbangan biasanya saya akan membaca sambil ber’snacking’. Sejam tak sempat nak bernasi lemak bagai. Cukup secawan Vietnamese iced coffee dengan sebiji butter cake.

Oleh itu, hari ni saya nak kongsikan resepi kek mentega / butter cake yang mudah dan sedap. Inspirasi daripada menu flight Air Asia.

Untuk dapatkan hasil yang memuaskan, pastikan anda mengunakan pure butter (produk tenusu yang mengandungi krim / susu &  garam / tanpa garam. Ada banyak pure butter yang ada di pasaran seperti Anchor, SCS, Golden Churn, dll.

Resipi ni sesuai mengunakan loyang bersaiz 10 inci tetapi saya nak bahagikan kepada 2 adunan,maka saya gunakan loyang bersaiz 7 inci.

BUTTER CAKE (2 biji)

oleh: ritz the baker

BAHAN-BAHAN

250g       Tepung gandum (diayak)

250g      Salted butter (saya guna brand SCS)

200g      Gula Kastor

4 biji       Telur gred A

1 tsp       Baking powder

1 tsp       Essen vanilla

1 tbp       Susu pekat

*5 titik   Butter compound

*optional       **tsp- sudu teh     **tbp- sudu makan

CARA-CARA

  1. Pukul butter dengan gula kastor pada kelajuan perlahan –> sederhana –> laju sehingga sebati dan berkrim (warna bertukar kepada kuning pucat)
  2. Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer dan teruskan memukul.
  3. Masukkan susu pekat, essen vanilla dan butter compound
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit (kelajuan perlahan) sehingga semuanya sebati
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang (7 inci) dan masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Saya bahagikan adunan kepada 2 loyang.
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 30-35 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing)

Selamat Mencuba!

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment