Apa yang kita boleh belajar daripada perniagaan Subway?

sumber : Mohamad Ritzuwan Syde


Antara syarikat sandwich yang semakin menempah nama di Malaysia adalah, Subway. 229 outlet di Malaysia dan melebihi 40,000 outlet seluruh dunia!
Seingat saya, pertama kali mencuba Subway adalah pada tahun 2010. Kekok nak buat pesanan.
‘Erm…. Apa yang sedap ye bg?’ Tanya saya pada staff di kaunter.
‘Adik boleh cuba Italian B.M.T’. Balasnya.
Itu antara kenangan kali pertama saya buat pesanan di Subway. Sekarang dah tak janggal dan Subway adalah makanan kegemaran saya dan keluarga. Anak-anak saya yang berumur 4 tahun dan 2 tahun juga gemarkannya.
Apa yang kita boleh belajar daripada perniagaan Subway?
  Kualiti Produk 
Setiap outlet Subway perlu mengikut polisi ‘Gold Standard’ dalam penghasilan sandwich bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa makanan yang disediakan mempunyai mutu kualiti yang sama dan terbaik. Ia diakui sendiri oleh peserta yang menyertai Latihan pengendalian makanan saya!

sumber : eatthis.com


Jenama yang kuat
 

Apabila sebut Subway, sudah terbayang sandwich yang segar dan sihat. Sinonim dengan tagline ‘eat fresh’. Pemilihan warna tema (hijau) yang memberi impak segar dan sihat juga menjadikan pelanggan mudah ingat kepada perniagaan Subway.

sumber: franchisebusiness.com.au

Mengikut citarasa pelanggan 
‘Make it your way’ menjadikannya popular dikalangan pelanggan. Subway menawarkan pelbagai jenis roti, topping dan sos yang sedap dan berkhasiat. Yang mementingkan pengambilan makanan sihat, para pelanggan boleh rujuk website subway untuk melihat info nutrisi bagi setiap menu.

sumber: yelp.com

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment