Sourdough Rosemary Focaccia… Susah ke?

“Sedap la roti ni. Teringat masa ibu  p Turkey dulu. Wangi… Sedap… Kenyang!”

Respon spontan ibu bila saya suakan roti focaccia ni semalam. Rindu nak travel la tu. Mujur sebelum pandemik ibu sempat travel di beberapa buah negara.

Roti Focaccia berasal dari negara Italy tetapi telah tersebar luas ke negara-negara Mediterrenean selepas Empayar Rom meluaskan jajahannya.

Bahan-bahan asas untuk roti focaccia secara tradisionalnya adalah tepung, minyak zaitun, garam, air dan yis. Tetapi sekarang ada pelbagai versi roti focaccia di seluruh dunia. Ada yang savoury, ada yang manis, ada jugak diletakkan pelbagai topping diatasnya.

Menarik sebenarnya bila kita tau serba sedikit sejarah pasal roti yang kita nak buat kan?

So, hari ni saya nak share resepi roti sourdough foccacia dan kalau siapa yang dah baca posting saya pasal sourdough starter ni (klik di SINI), tau yang nama dia Bertha.

Ok… Jom kita start!

SOURDOUGH ROSEMARY FOCCACIA

Oleh: Ritzuwan Syde

BAHAN-BAHAN

500g   –  Tepung Roti, T65  (saya beli di SINI)

50g   –  Sourdough starter

275g  –  Mashed Potato (rebus sekali dengan kulit)

10g  – Garam

280g   – Air

50g   – Minyak zaitun (nak pakai yang dara pun boleh)

2 tangkai  – Fresh rosemary

Topping

Tomato cheery , fresh rosemary

 

Cara-Cara

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer kecuali minyak dan uli pada kelajuan pelahan (lebih kurang 3 minit)
  2. Masukkan minyak dan uli pada kelajuan sederhana lebih kurang 10-15 minit.
  3. Jangan risau kalau doh masih lembik tapi pastikan semua bahan sudah uli sebati
  4. Pindahkan doh ke dalam bekas lain dan biarkan doh rehat selama 10 minit
  5. Lakukan stretch and fold technique (rujuk video di bawah) dan ulang setiap 30 minit selama 3 kali
  6. Lumurkan dulang dengan minyak (saya guna dulang saiz 12×9 inci) dan ratakan doh
  7. Proof selama lebih kurang 2 jam atau sehingga double size
  8. Tuangkan minyak di atas doh dan massage secara sopan (rujuk gambar bawah) dan susun topping kesukaan
  9. Panaskan oven dan bakar pada suhu 190 darjah selsius selama 30-35 minit (lebih kurang sehingga doh menjadi perang)
  10. Siap!

SELAMAT MENCUBA

admin
Author: admin

Baker & Trainer

No Comments

Leave a Comment